Tuesday 27 November 2012

KATA PENGANTAR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

kelahiran blog ini adalah tepat pada waktunya ketika kita sedang mencari cari suatu analisis lengkap tentang sejarah kerajaan melayu lama patani dan sosio politik untuk disenaraikan dalam khazanah negara kita.Dengan gaya bahasa yang sederhana, fakta fakta sejarah yang dirancangkan dengan begitu baik dan disisipi dengan pelbagai gambar dan rajah sudah memadai sebagai sebuah koleksi sejarah yang sederhana dan lengkap.wajar dibaca terutamanya yang meminati sejarah umat melayu dan khususnya pelajar sekolah mahupun penuntut penuntut di universiti

Blog ini akan mendedahkan tentang suatu babak yang hampir dilupai dan kurang mendapat perhatian ahli sejarah iaitu tentang sejarah kerajaan melayu  lama patani yang pada suatu waktu mampu menampilkan suatu tamadun melayu islam di kawasan terpencil di rantau ini yang setanding dengan kerajaan melayu acheh dan melaka.Babak babak sejarah perkembangan islam tanah air sedikit sebanyak ada kaitannya dengan kerajaan melayu  lama ini

sama samalah kita memanfaatkan dengan pembacaan blog ini semoga tamadun yang telah dibina oleh bagsa melayu di rantau ini dapat kita lihat dengan jelas wajar dan adil.

No comments:

Post a Comment